| Lotus Evora 414E Hybrid | Proton - Lotus |
Penggunaan kereta memang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Kereta hybrid tidak mengabaikan kepentingan manusia untuk bergerak, malah ia sangat mesra alam!
Proton telah pun menghasilkan enjin hybrid prototype dengan kerjasama Lotus pada Februari 2010 dan masih lagi dalam proses pengujian. Pada Oktober 2010, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran.
| Toyota Prius Hybrid |
Toyota telah lama mengeluarkan kereta hybridnya yang paling popular iaitu Toyota Prius Hybrid. Walaupun ada beberapa isu seperti kos penyelenggaraan (yang agak mahal) dan sebagainya, pada pandangan saya, ia adalah sebuah projek jangka panjang. Buat masa ini, harganya agak mahal tetapi apabila teknologi tersebut semakin matang dan dapat diterima majoriti masyarakat dunia, sudah tentunya kos akan menurun (teringat harga 4MB RAM sewaktu upgrade PC Windows 3.1 dahulu).
Ada beberapa pihak yang mempertikaikan bateri yang digunakan tidak selamat dan tidak mesra alam kerana ia adalah logam reaktif. Tetapi bateri kereta konvensional juga mengandungi logam reaktif.
Ada juga beberapa pihak yang membuat pengiraan dan mendapati bahawa jumlah wang yang dibelanjakan untuk (kereta konvensional + petrol) dan (kereta hybrid + kos penyelenggaraan) adalah sama. Ya, jumlah wang yang dibelanjakan adalah sama tetapi sumbangan anda terhadap kesinambungan kehidupan di Bumi adalah berbeza.
Seperti yang saya nyatakan tadi, kereta hybrid adalah sebuah projek jangka panjang. Ia harus dimulakan. Dan ia harus dimulakan sekarang, demi Bumi kita yang satu.
Bumi kita hanya 1. Selamatkanlah ia sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment